
AZZ Marketing tidak melanggar mana-mana undang-undang di Malaysia kerana:
1. AZZ Marketing tidak mengambil sebarang deposit. Pembayaran hanya perlu dibuat semasa kontrak pemilikan ditandatangani oleh anda.
2. Wang yang anda berikan digunakan untuk membeli barangan keperluan projek ternakan ikan anda dan barangan tersebut menjadi milik anda. Pihak AZZ Marketing hanya menguruskan pembelian barangan, penjagaan dan penjualan ikan anda dan keuntungan hasil jualan ikan dibahagi sama rata antara pihak syarikat dan anda sebagai pemilik.
3. Keuntungan anda juga dinyatakan di dalam kontrak berdasarkan nilai ringgit Malaysia.
4. Risiko anda sebagai pemilik juga dinyatakan di dalam kontrak.
5. Harga ikan anda dan kos bahan mentah seperti benih dan makanan ikan dikawal oleh harga siling yang telah ditetapkann oleh pihak AZZ Marketing. Dengan adanya pengawalan harga tersebut, keuntungan anda adalah tetap dan tidak dipengauhi oleh keadaan pasaran. Risiko kerugian anda seandainya berlaku kejatuhan harga ikan di pasaran ataupun kenaikan kos bahan mentah dapat dielakan dan ianya ditampung oleh pihak AZZ Marketing.
6. Mengaplikasikan sistem pemilikan dan bukannya syer. Pihak AZZ Marketing tidak menjual sebarang syer syarikat kepada anda. Kontrak pemilikan anda memiliki tarikh mula tetapi tidak memiliki tarikh akhir kontrak. Tarikh akhir bergantung kepada anda sebagai pemilik. Anda boleh menamatkan kontrak setiap kali hasil dan boleh mendapatkan balik barang keperluan projek anda atau menjual balik kepada AZZ Marketing ataupun memindah milikkan kontrak anda kepada orang lain dan anda akan mendapatkan balik modal anda. Seandainya pihak AZZ Marketing tidak mampu lagi untuk menguruskan projek ini, pihak AZZ Marketing akan membeli balik kontrak anda dengan nilai asal dan pihak AZZ Marketing akan membantu anda untuk berdikari menguruskan projek ternakan anda.